HeMBuSaN BaYu



Tuesday, December 28, 2010

~Kasih Ibu~


Isk.. isk.. isk..
Aku menangis, aku terkedu.
Ya Allah, Kau ampunkanlah aku dan cucurilah roh ibuku di kalangan orang yang beriman.
HambaMu ni anak yang derhaka, anak yang tak mengenang jasa.
HambaMu ini tak tahu menilai intan dan kaca.
HambaMu ni alpa dan asyik dengan keseronokan dunia, bangga dengan diri sendiri, ego...

Kini semuanya tak berguna lagi, ibuku telah tiada.
Dan aku anak tunggalnya yang diharap-harapkannya gagal member kasih sayang dan menjaganya di usia tua..
Oh! Kejamnya hambaMu ini...

Aku mengimbau...

"Man malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu mata aja."

"Biarlah Man, lama2 mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi."

"Arghhh... Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man. Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man malu mak.. Man ada mak yang hodoh, mata satu. Man malu mak!"

Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. 
Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari kampungnya.

Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu. Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya itu.

Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan. Dia berjaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya. Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampung. Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak kesayangannya itu. Rizman seolah-olah telah melupai ibunya, dia malu kerana maknya bermata satu, hodoh ibarat raksasa.

Ibunya mendapat tahu yang Rizman kini telah bertugas ibu kota. Anaknya itu kini menjadi doktor pakar di sebuah hospital swasta tersohor di Malaysia. Anaknya juga telah berkahwin dengan seorang anak Dato’ dan mempunyai dua orang cahaya mata, seorang putera dan seorang puteri.

Hati ibunya melonjak2 ingin bertemu dengan anak kesayangannya itu. Dia bertekad yang dia mesti berjumpa dengan anaknya di ibu kota!

Suatu hari, ibunya menaiki teksi ke ibu kota.
Dia menuju ke rumah anaknya di kawasan elit, kawasan orang-orang berada dan berjaya.
Siapa yang tak kenal anaknya – doktor pakar bedah yang berjaya dan tersohor di Malaysia!

Setiba di banglo anaknya itu, ibunya itu menekan suis loceng rumah di pagar rumah tersebut.

“Keretanya ada, lagipun hari ni hari minggu, pasti anakku ada di rumah” getus ibunya.

Seorang pembantu rumah separuh umur datang dan menanya,

“Mahu apa makcik? Nak jumpa siapa?”

“Makcik nak jumpa dengan anak makcik”

“Anak makcik? Siapa?”

“Dr. Rizman tu anak makcik, anak tunggal makcik”

“Ooo... sekejap makcik ya, nanti saya panggil tuan”


Pembantu rumah tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada Dr. Rizman.

Sebentar kemudian, Rizman keluar dengan anak sulungnya, Aiman.

“Siapa kau wahai orang tua?”

“Man.. anak mak, intan payung mak, ni mak ni. Mak baru jer sampai dari kampung.”

“Mak? Mak aku dah lama tiada. Aku tiada mak yang bermata satu dan hodoh macam kamu ni. Aku orang yang berjaya, takkan mak aku rupa macam ni?”

“Ayah.. Aiman takut ayah. Nenek ni mata satu, macam hantu!”

“Kau dengar tu orang tua, berambus kau dari sini. Jangan kau cuba nak menakutkan anakku ini pula! Berambus! Kau bukan mak aku!”

“Sampai hati kau Man, ni mak ni. Mak yang membesarkan kau dari kecil hingga kau dewasa”

“Arghh.. mak aku dah tiada. Pergi kau dari sini! Jangan ganggu keluarga aku ni wahai orang tua!”


Maknya menangis dan dengan penuh hiba, maknya beredar kerana dia tidak mahu menakutkan cucunya dan menjatuhkan maruah anaknya. 
Dia melangkah longlai dan hilang di puput bayu...

Malam-malam yang mendatang, Rizman sering bermimpi yang dia dibakar oleh api yang marak menyala. Api itu seolah-olah takkan padam malah semakin marak menjulang tinggi. 
Bisa menelan apa saja yang di bakarnya. Rizman rasa panas yang amat membara dan dia meminta tolong untuk di keluarkan daripada panas api tersebut.

Tiba-tiba dia terdengar satu suara,

“Kau akan kekal dalam api ini selama-lamanya kerana kau telah derhaka kepada ibu mu yang melahirkan dan membesarkan kamu. 
Maka sinilah tempat mu yang paling sesuai sehingga ke akhir masa mu!”

Rizman terkejut dan bingkas bangun dari tidurnya. Dia beristighfar. Memikirkan mimpinya itu yang masuk kali ini dah hamper tujuh hari berturut2 dengan mimpi yang sama. Perasaan sebak tiba-tiba datang melanda dirinya. Dia berasa amat berdosa dengan ibunya. Rizman bertekad. Dia mesti pergi berjumpa ibunya esok. Mesti!

Setibanya di kampung, rumah ibunya bertutup rapat dan begitu sunyi.

Rizman memberi salam namun tiada siapa yang menjawab.

Tiba-tiba, Fuad; kawan Rizman sewaktu kecil menegur Rizman.

“Hoi anak derhaka! Baru sekarang kau nak balik? Buat apa kau balik, pergilah duduk di bandar sana. Sini kampung, tempat orang susah dan tak bersekolah! Buat apa kau nak balik sini?”

“Aku nak jumpa mak aku. Aku banyak dosa dengan dia. Aku nak memohon maaf dengan dia. Kau nampak mak aku Fuad?”

“Hoh.. dah buat salah senang-senang kau nak minta maaf ya. Kau tahu tak betapa besarnya dosa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa kita? Kau tahu tak?” herdik Fuad.

“Aku dah sedar, aku insaf, aku nak jumpa mak aku. Mana dia Fuad?”

“Kau terlambat Man, dia dah tiada. Baru 2 hari lepas dia dah kembali ke rahmatullah”

“Apa?”

Man terjelepuk ke tanah menangisi kematian ibunya. Dia sedar yang dosanya tidak akan dapat diampunkan kerana kesalahannya dengan ibunya itu!

“Sebelum mak kau meninggal, dia ada tinggalkan satu surat kat kau. Nah! Kau pikirlah sendiri.”

Man mengambil surat tu dan membaca...


Ke hadapan anak mak yang mak sayangi,

Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. 
Mak tumpang gembira.
Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu sama seperti mak menyayangi anak mak.

Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. 
Matanya tertusuk dengan ranting kayu.
Matanya buta. 
Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir.

Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. 
Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti macam mana? 
Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya 
dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan.

Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak 
amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. 
Biarlah dia melihat dunia. 
Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini.

Kini segala impian dan harapan mak dah di penuhi.  
Mak tetap sayangkan anak mak. 
Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. 
Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat.


Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar.

Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya dan melihat dunia.

Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman.

“Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!” jerit Rizman.




cerpen dari : www.iluvislam.com

Dari Abu Hurairah r.a ia berkata :
Telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah SAW maka ia berkata: “Wahai Rasulullah,siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab:"IBUMU” Dia berkata lagi kemudian: kemudian siapa? Rasulullah menjawab”IBUMU” Dia berkata lagi: kemudian siapa? Rasullullah menjawab:”AYAHMU”
(Hadis Riwayat BUKHARI DAN MUSLIM).






FAR EAST ::::::....  MAAFKAN IBU TIDAK SEMPURNA



Sunday, December 26, 2010

~Wajah Suci~

Wajah suci itu TIDAK BERDOSA
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di LEMBAH HINA
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau DIZALIMI
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu diHARGAI diHORMATI
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah NILAI EHSAN  insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih terSASAR tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang BUKAN PILIHAN
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak diBUANG di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)

  SAYU hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ADA NILAInya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai KAIN PUTIH kau tiada dosa
BerTAUBATlah mereka yang hina




(MESTICA)


Ibn Umar berkata bahawasa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Sesiapa yang mengabaikan anaknya dan mencelanya di dunia ini, maka Allah yang Maha Suci dan Maha Tinggi akan membongkar cacat celanya pada hari kiamat di hadapan para saksi sebagai balasan yang setimpal."




Friday, December 24, 2010

~Buat MuslimaH~


MUSLIMAH,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok
untuk DILINDUNGI dan DISAYANGI, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya.
Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, 
kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bias menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. 
Adakah semudah itu kau menyerah ingin menyerah diri pada sang kumbang??


Renunglah pada keindahan bunga MAWAR yang unggul
 
 
 
terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya.
Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. 
Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. 
Namun, 
lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk 
kagum terhadap kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir
beberapa kali sebelum mendekatinya.

MUSLIMAH,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. 
Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu 
dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, 
jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri.
Kau tidak layak lagi dimahkotakan si mawar berduri.


Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu.
“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain 
daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.” Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka??

Ingatlah duhai MUSLIMAH sayang,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan-urusan yang diizinkan. 
Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.  
Yang tertutup itu indah!  
Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.


Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, 
bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. 
Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insane oleh bernama Adam.


“Dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik (pula)..” (Surah al-Nur : ayat 26)


Adaptasi daripada novel TAUTAN HATI
 

Monday, December 20, 2010

ahlan wasahlan....

assalamualaikum smue....hiiii~ ^_^
ptame skali syukran byk2 cz sudi jenguk2 kt blog saye yg bru stahun jgung neyh..ki2..
bru dtubuhkan la kre nyer..da lme bcte2 nk wat tp xbksempatan lg..ceewahh..
alhamdulillah..ni la bru ase ajin nak interprem kan..ape2 pon..cmat dtg...welcome yep..insyaAllah,mge trus dpt di updatekan slalu n bley kongsi2 bhan2 ilmiah same2 kan?hiii~ lg pn ni msih lg dlm pcubaan nk blaja wt blog..den xbape ngeti sgt neyh..haha..lastly, thanx alots~ n bt insan2 yg dsayangi...smge drimu smue dlm lindungan Allah slalu....insyaAllah..salam ukhuwah~


Sunday, December 19, 2010


mOoD ::::::::::::: : sgt2 RINDUkan mereka2~


                                                          aDusss...TouChiNg2 plak..ehee~
Tp,BtOi..sGt2 rndukAnNyerr
CapErrr??
"
"
     ShBat2 laMerr GuEa iYe..
Si 'DiA' lg la plus+++...ehemmm!!
cape ntah...huuu~

                                                 HoPe KorG XLupErKan IkA disiNi Yerr..
UkHwAh FiLLah AbaDan AbadA~



~JaDilah diR!mU SeMula~

Heart Glitter Graphics - Glitterlive.com
Heart Glitter Graphics - Glitterlive.com





Duhai dirimu yang kuhormati,
Jangan kau hilangkan KEPERCAYAAN dan HARGA DIRImu yang selama ini terjaga.

Duhai dirimu yang kuiingati, 
SABARlah dengan penantian ini,
Halanglah dirimu daripada menghubungiku,
Jagalah hati kita agar tidak LALAI dari mengingati-Nya,
Kerana cara itu lebih kusukai,
Bahkan aku bertambah yakin,
Namun, aku sedikit kecewa dengan dirimu,
Masih ingin menghubungiku walhal,
kau tahu kita bukannya mahram,
Yang tak patut kau hubungi.

Duhai dirimu yang kusegani tatkala dulu,
Jangan kau biarkan perasaan itu mengawal dirimu,
Hingga tindakanmu melebihi batas, 
JADILAH DIRIMU SEMULA,
Yang kukenali sebelum ini,
Kejarlah CITA-CITA yang murni,
Jangan kau lebihkan cinta kepadaku melebihi CINTA kepada yang ESA.

Thursday, December 16, 2010

~SeLemBar KaiN puTih~

assalamualaikummmm..

hiiiii~ monink glory!! =)...uishh..xpat tdo plak..boring..ekekek~..
so,taip la entri pape pon an..haha
hmmm..bab 'selembar kain putih'?
huh...naper plih tajuk ni ea?ki2~
sbbnyer...ika nk kogsi about mudak2 tecik..ahakks..
ske sgt2 tgok mudak2..n lyan mreka2~
tp kkdang naik pnat jgk ble iye trik kte ke sne ke mari an..
lg2 dak2 yg bru umo sthun dua tuh..adushhh..ckap pon pelat2 ag..
xmo lpas tgan plak 2 n ikot je kmane pegi..
 haha..pe nk wt..nme pon bdak2..cm2 gk kite kcik2 dulu an..



Anak yang lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka 
samada menjadi seorang insan yang baik atau tidak..

oleh itu...ika ingin mmpknalkan my kezen2 ika yg comey2
a.k.a..gnerasi last untk cucu kpd nnek srta atok saye..
yg len sme da beso pjg...ehehehe~

cik amni safiyya ...adoi~mnyak seksi ini amoi..
gergous gi 2...haha~


haha...dak niy memg nkal+ tiut sgt2+kuat majuk..weekkk;)..adududu..
nk knal???ki2...this boy named muazwady
yg gmbo blah knan tuh..memg saje je nk plus2 iye nyer comel taw..
sbok nk kai tdung gk..jntina tulen: lelaki ye..hhaaha~

iyarhhhh...adeq asmaa amani=)~
umo bwu nk msuk 3 blan..akq da pomot taw..heheh..
cnyum cket tayunkk~..muaXX..


haaaaa......yg kt bwah ni...sgt wt ika gewam..
lame xjmpe tgok2 da tiut miut..alahaiii~
pndai posing ag..
aDeq Najiaa aleesYa a.k.a ank pk ucu mik..
 yarhhh..snap3!! hiii~








hiiii~ comey an..iye ade mix mamak skett lar..
ikot her mummy...nmpak cm bosnia child stylish..
mish u alotss~
namo nkals2 ye leesya..
best nyer dpt ank2 yg comey loteh cm diorg2 ni kan..
haha..haisyyhh..jgn nk mle brangan iye ika..
pjuangan masih jaoh lg smpai xnmpk jalan..hiii~
tp xsalah jka iye di anggap satu impian kan..
smpai cni saje coretan si bayu yg makin senja ini ye...hii~
hope jmpe lg di entri strusnyer jka msih dipnjangkan usia..
insyaAllah...
:::::::wassalam:::::::








~SeNyumLah~

assalamualaikumm...=)
HuSShh, lame da xupdate blog ku ini..ekekeke~ acTuaLLy,xde mud sgt..
nape yerrr??hu2...
hmmm,smalm g wt  medic 'chek up'..
tnggal nk wt xray n cek gg bsame2 ngn cik perus saye..wink2~

sesampai di klinik, kami g la tros ke kaunter..adushhh..rmai nyerrr org..
dengan mke seikhlas n semanis kurma p la nk tnye kt kakak yg jage 
kaunter xray tuh...kakak 2 pndang cm nk mkn org je..
'kak,kami nk wt medic cek-up lar'..srbe salah plak asenyer nk ckap..hu2~
die blas...'hmm..letak kan borg kt dlm drower 2'...+ dgn muke yg memg masam gle + ..
xpndang lnsung muke kteorgg..huh!! ade ke ptot..grrrr~
trase plak hati ni taw...kite pnyela tnye die bek2..huuu~ =(
ni yg wt nk pnohkan tabung aduan klinik 2 neyh...haha..xdela..bkn brani ponn..:p
padahal bkn 'rush' sgt keja die..cm relax jerr..
apelah susah sgt....senyum pon ckupla klo da lnsung xde mud nk ckap kan..
dapat pahale + hati kteorg yg tgok pon snang + lg menge'cun'kan wajah kakak tuh..
ececehh...tp btol la...xbek msam2 mke taw..pe prasaan kamu klo kte pnyerla snyum pd org itu dgn seikhlas hati, tp org 2 wt dono je..(xtmasuk untuk blainan jntina yerr..haha..)
..adusss~ msti sakit nyerrrr hati kan
huuu.....~
ape2 pon smoge dpt wt iktibar wat diri ini yerr..
 oleh itu.... 



SENYUMLAH  JIKA KAMU MAHU ORG LAIN JUGE 
TERSNYUM PADAMU

SMILE...!! =)









Monday, December 6, 2010

..NiLai KaS!H iBu..

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan olehsi
anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :
Tolong pergi kedai RM1.00
Tolong jaga adik RM2.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM2.00
Tolong sapu sampah RM2.00

JUMLAH RM15.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada mukasurat
yang ditulisnya.
 

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,'Wahai
Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari
ku?"Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali),
kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Saturday, December 4, 2010

~kAta iBaraT biLahaN PeDanG~

assalamualaikummm....
hiiiii~ lame ika xupdate dah.hmm,entri ade tp xsmpat nk di share
kat cni...
actually,bru jep blik dri kg...uhuuu~ sgt2 besh..=)
lame suda xjmpe atok..n smue disane..so nk luangkn lbey mse n tyme 2 atok tnggal sowg2 plak..
tpksela ika duk rngankan hati tmankan iye..~
ane th t ley jd cucu tcyang la kowt..hihi..
anyway,mende2 yg atas neyh xde kne mgene ngn title post ni pon..hi2~
haa....ni bru msuk topik..ki2~
entahla,kdg2 ika rse org kte niy mudah sgt prasangke bruk kt owg lain kan..
n wt tggapan bruk2 dblakang.ngumpat xhnti2.even bdak2 or owg tua da pon.
same je sikap..
ni buat pringatan pd dri ika jge yep..hu2~
tp ble da jdi cm org tgh,duk dgar die mlalut2..tbe2 hti jd sayu je...
nk dtgur t kte kite ni xth keadaan sbnar..die je la yg th smuenyer...
tp klo xtgur mkin mnjadi2 plak..nek sakit tlinge..
last2,mik jln pntas duk jauh2 ujong dunia..haha..aman skett..



Ika trpikir taw,agknyer kalo ika yg jd owg yg diumpat 2.cane la kan??..
ishh,sdeyyyy sgt10!!!! huuuu~ =(
xpkir ke yg dri kte niy sbenarnyer byk lg klemhan yg prlu dpebaiki..
xpyah la nk bzirkan air liur nk sbarkan2 hal org lain yg blum tntu sahihnyer..
klo xbtol..da jd fitnah kan...hu2 ..
over plak ika ney kan...bkn pe..geram sgt3.hti ni je yg thu..
xpe la..ni smue mgajar kite agr lbey matang kan..n
 realiti sbenar khidupan seorg musafir ..
k..smpai sni saje untuk entri niy..he2~
ampun maaf jka ade salah tutur kata yg tdak dsengaje ye..
ayat men entam kromo je..hihi~
dadaaaaa~
wassalam.....


SEKADAR RENUNGAN...


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” (Hadis riwayat Abu Daud)


Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat:


* Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang
menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.

* Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap
 orang lain bodoh dan rendah.


* Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih 
beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.

* Bergurau dan suka berlawak untuk mencela, mengatakan kelemahan
serta kecacatan hingga mengaibkan orang lain. 

* Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak serta 
sombong kerana memandang rendah orang lain.